Assalamualaikum pemirsa.. cehhh... bersinetron kita pepagi ni ya.. hehehe..
Apa khabar sahabat2ku .., tidak pegi merayap mana2 ka hari ni..?, maklum shj la kebiasaannya hujung2 minggu macam ni banyak majlis2 kawen, kenduri kendara kan.. macam saya ni mcm tidak larat suda menghadirkan diri p majlis2 seumpamanya, bukan sombong cuma masa tidak mengizinkan dan terdapat hal2 yg berbangkit, menyebabkan saya tidak dpt menjoinkan diri di majlis2 keluarga..
Dalam tahun ni, start dr awal tahun smpi Akhir pertengahan tahun 2015 ni, terlalu ramai kazen mazen saya yg akan dan telah menamatkan zaman bujang mereka, de latest kemarin.. datuk sri azri (aley) dan pasangannya datin sri liyana.. nikah pada 20.3.2015 dan kemarin majlis resepsi belah pihak perempuan. Next week 28.3 plak pat lelaki di kampung kami yg damai lg indah, kg bambangan membakut... hehehe
minggu sebelumnya pula adalah majlis kawen kazen juga, kat kg yg sama.. rumah sebelah menyebelah seja.. nur shahila jeffrydin dan pasangan beliau salehudin khamis... ahh majlis yg ni berlangsung 3hari straight.. 13,14,15.3.2015.
Pas 28hb nnt hujung minggu seterusnya pula 4.4.2015 sorg lagi kazen akan bernikah..yg ni kat likas saja bah, tp dalam masa yg sama pula, tarikh tu adalah ulangtahun EMAK saya yg ke 55thn, ermm mau celebrate ulangtahun emak juga, tp ada majlis pula..tak apa kita kasi settle satu2.. hahaha..
Nampak tak buzynya saya di situ.. bnyk majlis nak kena attend dlm sebulan.. masuk bulan april agak lengang sedikit majlis belah emak ni.. beralih pula family belah my late bapa, adalah dlm satu dua majlis, tp tidak dpt join juga.. kena time en asben berjuang di medan kerja.. maklum saja la keja makan gaji kan.. kontrak pula lg tu. Tidak kurang juga majlis dr belah en asben saya ni.. bnyk juga yg menjemput ke majlis kahwin dan kenduri kendara.. insyallah yg sempat kami dtg, akan kami terjah seabis baik.. hehe.. sehingga hujung bulan 5 tahun ni ke bulan 6,7,8 setahun la rasanya.. majlis2 ni setiap minggu full book suda utk di attend.. ntah bila la saya kurus nii.. majlis banyak, makan banyak.. haihhh..
31.5 nnt kazen kat bongawan pula kawen.. datin sri paduka nuraihan Olis dan pasangannya tuan hanif rasanya.. seminggu selepas itu sorg kazen lg kat bambangan membakut akan berkahwin pd 6.6 wati japar.. yg ni pula anniversary kawen saya.. canner tuh.. terpaksa nada jalan, kami ikut sanding sekali.. pengantin lama vs pengantin baru.. hahaha...
Sbb apa saya story pasal wedding2 mereka ni.. !!??.. sbb kazen2 saya yg kawen dalam tahun ni adalah kazen2 saya yg paling rapat dan sporting gilak2.. semua sehati sejiwa berdansa.. terlampau sehati sejiwa ni la juga , sampai kawen pownnn dorg kasi abis dlm setahun ni.. mcm tahun depan nada suda.. jd tahun depan apa lg majlis yg kita ada..?!!.. kita cuma ada majlis sambut anak2 buah baru, kenduri2 akikah dan befday2 anak, bapa, mama budak seja.. hahahaha..
Apa2 pun selamat semuanya ya, semoga perjalanan setiap majlis besar kita berlangsung dgn lancar dan dipermudahkan.. happy2 dan santai seja kamuorg sodara2ku.. jum kupi2 kita kiooo..
"selamat pengantin baru kazen2 ku yg telah selamat menamatkan zaman bujang tahun ni mahupun yg bakal menamatkan heeee..." saya berdoa agar semua ahli keluarga kita bahagia hingga ke jannah allah kelak.. aamiin2. ..
To be continue...
Haruman Syurga Lina.Nana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan