Dimana kan ku cari ganti, serupa dengan mu..
BAPA..,
kerinduan padamu sering menyapa.. semakin hari semakin kuat rasa rindu ini..
kurang dari 3bulan dr sekarang genap la setahun pemergianmu, namun seperti baru semalam kita bersua muka, bercerita, bergurau senda.. terasa bapa masih ada dlm rumah besar kita, cuma tidak kelihatan dimana bapa.. kadang lidah ni akan2 memanggil bapa..
"pa.. owh pa.. mana bapa letak kertas tu.., bapa suda makan..?" tercari-cari mana bapa.. seringkali ayat ni seakan terkeluar dr mulut, bertanya dgn bapa.., kerana terlalu merasakan yg bapa masih ada d rumah.., tp bila saya tersedar.. ahh.. bapa tiada suda pula.. hmm.. aduiinaa.. pedih rasa hati ni.. kosong jiwa.. zikir, al fatiah, doa dan airmata jadi peneman setiap kali teringat bapa.. ada satu ketika, saya hampir bertanya pada emak, "mak, mana bapa..?", tp belum sempat ayat tu keluar, saya tersedar..,
Sehingga kini, sejak hari pemergian bapa 24 rejab 24.5.2014 (sabtu),. setiap kali balik kampung dan masuk saja perkarangan rumah.. saya rasa gementar, saya ternampak2 bapa d muka pintu senyum2.. terdengar2 kata2 bapa.. "Nah.. ini baru la.. kasauu..", mengeletar isi2 badan saya.. bapa dgn seluar pindik berbunganya meninjau2 kwsan rumah.. seolah2 bapa ada sana menunggu kami d dlm rumah.. perasan ni masih ku rasa sehingga kini.. dan setiap kali.. terbayang2 juga ramainya warga kg, sahabat handai, saudara mara yg datang menziarahi ketika pengkebumian bapa.. pusara bapa yg hanya berapa puluh meter shj dr rumah,.. dan itu sememangnya atas permintaan dan permintaan terakhir beliau sebelum pergi.. pusaranya biar di kawasan rumah.. supaya anak2 dan isterinya, sentiasa ada dekat dengannya..
rindu bapa, sememangnya tidak pernah ada penghujungnya.. seorang bapa yg sangat mengambil berat, disiplin, penyayang, pemurah, sentiasa kuat utk mencari rezeki dan semua yg ada pada bapa adalah yg terbaik anugerah allah pada kami.. alhamdulillah, terima kasih allah.., terima kasih kerana telah meminjamkan kami seorang insan yg bergelar bapa.. kasih sayang bapa sgt terkesan di hati kami, dan akan kami kenang dan ingat pesan bapa sampai akhir hayat kami..
sehingga kini, perkataan arwah sukar utk saya letakkan bersama perkataan bapa atau nama beliau.. sbb saya belum bersedia utk gunakan perkataan itu.. saya redha bapa suda tiada, namun nama dan gelarannya tetap masih hidup buat saya.. saya sayang dan rindu sangat2 pada bapa.. saya akan berusaha utk menjaga hati mama sebaik dan semampu sya.. insyallah..
semoga allah menempatkan bapa bersama mereka2 yang soleh,. semoga bapa tenang dan damai di sana.. kami anak2 dan isterimu akan sentiasa mendoakan bapa,.. kami sayang bapa, rindu bapa..
Aamiin, ya rabbal alamin..
Sayang Bapa selamanya..
Nur kilan : Haruman syurga Lina,Nana
lina ko buat aku nangis lagi d opis ni....
BalasPadam