Selasa, 19 Mei 2015

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat


Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat - Infused water atau air detox adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Biasanya resepi ini menggunakan buah seperti manga, strawberi, anggur, barries dan epal kemudian di rendam bersama daun herba seperti daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur saja dengan madu. Tapi boleh saja guna buah tempatan seperti tembikai cina (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici, jambu batu. Nak tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai, halia atau timun pun boleh.



Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat
Buah lemon dan limau nipis antara bahan penting untuk buat air detox

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detox:

1)Buah-buahan
Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
Beri: Strawberry, raspberry, blueberry, blackberry, ceri

2)Buah tempatan:
Delima, mangga, nanas, belimbing

3)Melon: Honeydew, tembikai, rockmelon

4)Pilihan lain: Epal, anggur, plum, peach

5) Sayuran: Timun, lobak merah, daun saderi, peppers

6)Herba: Pudina, sage, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender

7) Rempah-ratus:
Halia, kulit kayu manis, lada hitam

Cara Penyimpanan 

Simpan infused water atau air detox dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Selalunya ia bertahan selama seminggu. Tetapi untuk memastikan kesegaran buah-buahan yang digunakan adalah lebih elok habiskan dalam masa 3 hari sahaja. Ini untuk elakkan buah-buah yang direndam menjadi terlalu lembik dan berubah warna. Paling baik habiskan sehari sekali. Lepas itu buat yang baru. Lebih sedap dan menyegarkan.

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat 


Koleksi resepi berikut adalah dari sumber FB yang saya ambil untuk dikongsikan kepada anda semua.

 1. Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah

Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk . Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:
Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua 
2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara penyediaan:
Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam.

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi. 

2. Resepi Air Detox Buah timun dan lemon

Bahan-bahan:
2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina

Cara Buat Air Detox Sendiri Untuk Kurus Dan Sihat

Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.

3. Resepi Air Detox Strawberry dan tembikai

Bahan-bahan:
2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral

Cara penyediaan:
Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang. Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk. Selamat mencuba.

4. Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit

- buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit
- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina 
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral

Kebaikan bahan-bahan ini:

*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah. Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan.

*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cpt
*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit.
*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan.
*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan

5. Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis

Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.

Bahan-bahan:
Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari. 
1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

  • Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka.
  • Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat.

Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.

6. Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina

Bahan-bahan:
2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda

7. Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren


Bahan-bahan:
2 liter air kosong / air mineral
Sebiji buah oren - dihiris 
2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yg ranum masak
Cara penyediaan:
Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air. Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan. Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub. Selamat mencuba
Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.

Sabtu, 21 Mac 2015

Walimatulurus Kazen2 kesayangan

Assalamualaikum pemirsa.. cehhh... bersinetron kita pepagi ni ya.. hehehe..

Apa khabar sahabat2ku .., tidak pegi merayap mana2 ka hari ni..?, maklum shj la kebiasaannya hujung2 minggu macam ni banyak majlis2 kawen, kenduri kendara kan.. macam saya ni mcm tidak larat suda menghadirkan diri p majlis2 seumpamanya, bukan sombong cuma masa tidak mengizinkan dan terdapat hal2 yg berbangkit, menyebabkan saya tidak dpt menjoinkan diri di majlis2 keluarga..
Dalam tahun ni, start dr awal tahun smpi Akhir pertengahan tahun 2015 ni, terlalu ramai kazen mazen saya yg akan dan telah menamatkan zaman bujang mereka, de latest kemarin.. datuk sri azri (aley) dan pasangannya datin sri liyana.. nikah pada 20.3.2015 dan kemarin majlis resepsi belah pihak perempuan. Next week 28.3 plak pat lelaki di kampung kami yg damai lg indah, kg bambangan membakut... hehehe
minggu sebelumnya pula adalah majlis kawen kazen juga, kat kg yg sama.. rumah sebelah menyebelah seja.. nur shahila jeffrydin dan pasangan beliau salehudin khamis... ahh majlis yg ni berlangsung 3hari straight.. 13,14,15.3.2015.
Pas 28hb nnt hujung minggu seterusnya pula 4.4.2015  sorg lagi kazen akan bernikah..yg ni kat likas saja bah, tp dalam masa yg sama pula, tarikh tu adalah ulangtahun EMAK saya yg ke 55thn, ermm mau celebrate ulangtahun emak juga, tp ada majlis pula..tak apa kita kasi settle satu2.. hahaha..
Nampak tak buzynya saya di situ.. bnyk majlis nak kena attend dlm sebulan.. masuk bulan april agak lengang sedikit majlis belah emak ni.. beralih pula family belah my late bapa, adalah dlm satu dua majlis, tp tidak dpt join juga.. kena time en asben berjuang di medan kerja.. maklum saja la keja makan gaji kan.. kontrak pula lg tu. Tidak kurang juga majlis dr belah en asben saya ni.. bnyk juga yg menjemput ke majlis kahwin dan kenduri kendara.. insyallah yg sempat kami dtg, akan kami terjah seabis baik.. hehe.. sehingga hujung bulan 5 tahun ni ke bulan 6,7,8 setahun la rasanya.. majlis2 ni setiap minggu full book suda utk di attend.. ntah bila la saya kurus nii.. majlis banyak, makan banyak.. haihhh..
31.5 nnt kazen kat bongawan pula kawen.. datin sri paduka nuraihan Olis dan pasangannya tuan hanif rasanya.. seminggu selepas itu sorg kazen lg kat bambangan membakut akan berkahwin pd 6.6 wati japar.. yg ni pula anniversary kawen saya.. canner tuh.. terpaksa nada jalan, kami ikut sanding sekali.. pengantin lama vs pengantin baru.. hahaha...
Sbb apa saya story pasal wedding2 mereka ni.. !!??.. sbb kazen2 saya yg kawen dalam tahun ni adalah kazen2 saya yg paling rapat dan sporting gilak2.. semua sehati sejiwa berdansa.. terlampau sehati sejiwa ni la juga , sampai kawen pownnn dorg kasi abis dlm setahun ni.. mcm tahun depan nada suda.. jd tahun depan apa lg majlis yg kita ada..?!!.. kita cuma ada majlis sambut anak2 buah baru, kenduri2 akikah dan befday2 anak, bapa, mama budak seja.. hahahaha..

Apa2 pun selamat semuanya ya, semoga perjalanan setiap majlis besar kita berlangsung dgn lancar dan dipermudahkan.. happy2 dan santai seja kamuorg sodara2ku.. jum kupi2 kita kiooo..

"selamat pengantin baru kazen2 ku yg telah selamat menamatkan zaman bujang tahun ni mahupun yg bakal menamatkan heeee..." saya berdoa agar semua ahli keluarga kita bahagia hingga ke jannah allah kelak.. aamiin2. ..

To be continue...

Haruman Syurga Lina.Nana

Selasa, 17 Mac 2015

Rindu yang tak berpenghujung.. BAPA

Assalamualaikum Dunia..


Dimana kan ku cari ganti, serupa dengan mu..



BAPA..,

kerinduan padamu sering menyapa.. semakin hari semakin kuat rasa rindu ini..
kurang dari 3bulan dr sekarang genap la setahun pemergianmu, namun seperti baru semalam kita bersua muka, bercerita, bergurau senda.. terasa bapa masih ada dlm rumah besar kita, cuma tidak kelihatan dimana bapa.. kadang lidah ni akan2 memanggil bapa..




"pa.. owh pa.. mana bapa letak kertas tu.., bapa suda makan..?" tercari-cari mana bapa.. seringkali ayat ni seakan terkeluar dr mulut, bertanya dgn bapa.., kerana terlalu merasakan yg bapa masih ada d rumah.., tp bila saya tersedar.. ahh.. bapa tiada suda pula.. hmm.. aduiinaa.. pedih rasa hati ni.. kosong jiwa.. zikir, al fatiah, doa dan airmata jadi peneman setiap kali teringat bapa.. ada satu ketika, saya hampir bertanya pada emak, "mak, mana bapa..?", tp belum sempat ayat tu keluar, saya tersedar.., 

Sehingga kini, sejak hari pemergian bapa 24 rejab 24.5.2014 (sabtu),. setiap kali balik kampung dan masuk saja perkarangan rumah.. saya rasa gementar, saya ternampak2 bapa d muka pintu senyum2.. terdengar2 kata2 bapa.. "Nah.. ini baru la.. kasauu..", mengeletar isi2 badan saya.. bapa dgn seluar pindik berbunganya meninjau2 kwsan rumah.. seolah2 bapa ada sana menunggu kami d dlm rumah.. perasan ni masih ku rasa sehingga kini.. dan setiap kali.. terbayang2 juga ramainya warga kg, sahabat handai, saudara mara yg datang menziarahi ketika pengkebumian bapa.. pusara bapa yg hanya berapa puluh meter shj dr rumah,.. dan itu sememangnya atas permintaan dan permintaan terakhir beliau sebelum pergi.. pusaranya biar di kawasan rumah.. supaya anak2 dan isterinya, sentiasa ada dekat dengannya..





rindu bapa, sememangnya tidak pernah ada penghujungnya.. seorang bapa yg sangat mengambil berat, disiplin, penyayang, pemurah, sentiasa kuat utk mencari rezeki dan semua yg ada pada bapa adalah yg terbaik anugerah allah pada kami.. alhamdulillah, terima kasih allah.., terima kasih kerana telah meminjamkan kami seorang insan yg bergelar bapa.. kasih sayang bapa sgt terkesan di hati kami, dan akan kami kenang dan ingat pesan bapa sampai akhir hayat kami..





sehingga kini, perkataan arwah sukar utk saya letakkan bersama perkataan bapa atau nama beliau.. sbb saya belum bersedia utk gunakan perkataan itu.. saya redha bapa suda tiada, namun nama dan gelarannya tetap masih hidup buat saya.. saya sayang dan rindu sangat2 pada bapa.. saya akan berusaha utk menjaga hati mama sebaik dan semampu sya.. insyallah.. 








semoga allah menempatkan bapa bersama mereka2 yang soleh,. semoga bapa tenang dan damai di sana.. kami anak2 dan isterimu akan sentiasa mendoakan bapa,.. kami sayang bapa, rindu bapa..






Aamiin, ya rabbal alamin..

Sayang Bapa selamanya..

Nur kilan : Haruman syurga Lina,Nana



Terjah kazen kawen.. At kg. Bambangan, membakut ( nur shahila jefrydin dan suami - 13-15.3.2015




Assalamualaikum.. 

Ketemu lagi sahabat2 ku.., memandangkan team under 15 sok baru beraksi karate.. So petang ni, meh kita serang umah org kawen kejap.. Lawat kazen ku ila dulo.. Kemarin nikah.. Malam ni berinai sok sanding.. Tp inda la kali ni dpt join sanding.. Dtg hari ni ja la, kasi tinguk muka.. Tolong dulu apa yg termampu.. 

Semoga ila dan suami bahagia hingga ke jannah.. Insyallah aamiin..




Jumaat, 13 Mac 2015

Berjuang untuk menang... Shotoshinkai karate team..





Assalamualaikum....

Hari ni, jadi pemerhati anak2 tournament karate..
1st time anak2 ikut bertanding.. Harap putry dan adif dpt memberi tumpuan semasa bertanding..
Santai2 seja bah.. Menang biar terbilang, kalah biar bermaruah..

Ramai pula peserta yg ikut ni.. Dr malaysia seja mau lebih 8 team.. Dr indonesia, jepun, francis dll.. Wahh meriah budak2 ni.. Macam waktu rehat d sekolah pula..

Apa2 pun di harap team karate shotoshinkai mendapat tempat dlm apa juga acara.. Semoga berjaya dan dipermudahkan setiap langkah dan perjuangan... Allahuakbar!!!!




Nur kilan :. Haruman syurga Lina.Nana

Meronda.. di jalan jemmm...

Assalamualaikum

Salam jumaat sahabat2 kesayangan.. syukur alhamdulillah masih lg kita di beri kesempatan utk berkongsi cerita.. sembang2 petang yg penuh barokah ini..

😁 sebenarnya, saya tgh duduk2 dlm kereta ni.. sesambil meredah jalan yg superb jem d kwsn panas kelombong ni.. tp biasa la.. nama pun kwsn perindustrian, bukan la perindustrian kalau inda jem kan... urmm.. dlm perjalanan balik dr dailysis ambil ibu mertuaku kejap tadi.. perjalanan 15minit boleh menjangkau sejam kalau kena time puncak jem.. tak pa la biar lambat asal selamat kan..

Anak2 pula tgok katun larva ni.. ulang2 mau 10kali suda.. smpi tahap saya mau muntah tgok ni tv.. haihh.. harap dpn lg sikit kurang la jem ni..

Ni mau hantar ibu ke rumah ayah kat kg batangan baru, tuaran.. jauh lg sikit perjalanan kami ni.. kalau tidur sempat lg mimpi 2,3 episod.. bah sebnrnya mau kasitau saja, saya mau mimpi2 dulu kejap arr.. manatau smpi2 rumah ayah trus di hidang bantal gn tilam... hehehe..

K. Bai.. c u next story sahabat..

Nur kilan :. Haruman syurga Lina.Nana